Friday 21 March 2014

13 KUNCI MEMACU BAKAT

 



MEMAHAMI KUNCI NILAI TAMBAH BAKAT. PILIHAN YANG DAPAT MEREALISASIKAN TERAS BAKAT.


1.       Kepercayaan akan menyerlahkan bakat.
Potensi kita bermula pada kepercayaan diri sendiri. Percaya, membantu menggambarkan potensi diri dan hala tuju kejayaan. Untuk jangkamasa panjang kepercayaan melebihi bakat kita.
2.       Keghairahan memberi tenaga pada bakat.
" Keghairahan menjana sumber tenaga.
" Keghairahan adalah asas kecemerlangan.
3.       Inisiatif menghidupkan bakat.
Orang yang memilih Kunci Nilai Tambah Bakat tidak menunggu kesempurnaan terjadi untuk bertindak.
4.      Fokus memandu hala tuju bakat.
Fokus tidak datang secara semulajadi. Tetapi ia adalah keperluan penting pada kita untuk mengilap bakat. Bakat dengan fokus memandu kita dan membawa kita kearah potensi kecemerlangan.
5.       Persediaan menempatkan bakat.
Apa jadi sekiranya kita tidak bersedia? Perkara yang kita harap tidak berlaku akan berlaku dan mungkin berlaku berulang kali.
6.       Latihan menajamkan bakat.
Latihan konsisten yang cemerlang menghasilkan kecemerlangan. Tiga perkara yang kita perlu tahu berkenaan latihan......
7.       Ketekunan mengukuhkan bakat.
Bakat sahaja tidak mencukupi, ia tidak dapat menjamin kecemerlangan tanpa ketekunan. Apa yang kita perlu faham tentang ketekunan......
8.       Keberanian menguji bakat.
Kenapa keberanian diperlukan untuk Kunci Nilai Tambah Bakat?
9.       Menerima pengajaran memperkembangkan bakat.
Apa yang kita pelajari lebih penting dari apa yang telah kita ketahui.
10.     Keperibadian memelihara bakat.
Masa depan kita bergantung pada keperibadian sama ada dari sudut kerohanian atau kebendaan. Keperibadian melahirkan ketenangan. Ketenangan menentukan hasil tindakan.
11.     Pertalian mempengaruhi bakat.
Tiada yang dapat mencorak keperibadian dan mempengaruhi diri dan bakat kita melainkan melalui Pertalian.
12.     Bertanggungjawab menguatkan bakat.
Bertanggungjawab akan mengangkat bakat kesuatu tahap yang tinggi dan meningkatkan stamina bakat. Apakah kita sanggup bertanggungjawab?
13.    Usaha berkumpulan melipat gandakan bakat.
Adakah kita suka untuk mendapatkan hasil dari usaha yang mudah? Semua orang tertarik dengannya.Itu yang dapat kita nikmati melalui Usaha Berkumpulan.